Kod Gtn Penerangan
TIS108 Kemudahan Pendidikan Lain
Aktiviti pendidikan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TIS109 Sekolah Rendah Agama
Kemudahan pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan beragama Islam yang berumur antara 7 hinggan 12 tahun
TIS110 Sekolah Menengah Agama
Kemudahan pendidikan agama Islam untuk pelajar lelaki dan perempuan beragama Islam yang berumur antara 13 hingga 17 tahun
TIS111 Maahad Tahfiz
Kemudahan pendidikan agama Islam yang memberi penekanan kepada bidang penghafazan Al-Quran
TIS112 Kolej Vokasional
Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia
TIS113 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Kemudahan pendidikan vernakular berasaskan kaum dan dikira sebagai sekolah bantuan kerajaan.
TIS114 Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional
Institusi pendidikan yang menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia bagi memenuhi keperluan industri dan kegiatan ekonomi seperti (IKBN, ILP) dan GiatMARA
TIS115 Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
TIS116 Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR.
TIS117 Asrama
Bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan lain-lain)

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini