Kod Gtn Penerangan
TIS200 Kesihatan
Aktiviti kesihatan dan kerja sosial berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh profesional perubatan terlatih.
TIS201 Hospital
Hospital pakar, hospital dan institusi perubatan/hospital khas.
TIS202 Klinik Kesihatan/Poliklinik
Klinik kesihatan yang memberi perkhidmatan asas seperti rawatan kuratif, pencegahan dan pemulihan.
TIS203 Klinik Desa
Klinik Desa yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta rawatan ringan bagi pesakit luar, perkhidmatan saringan dan program komuniti.
TIS204 Klinik Ibu dan Anak
Klinik yang menyediakan perkhidmatan ibu dan anak seperti penjagaan antenatal, postnatal dan perkhidmatan perancangan keluarga.
TIS205 Klinik Komuniti
Klinik yang menyediakan perkhidmatan rawatan ringan, rujukan kes ke hospital/klinik kesihatan, serta khidmat/promosi kesihatan kepada pesakit.
TIS206 Klinik Gigi
Klinik yang menyediakan perkhidmatan pergigian termasuk aktiviti amalan pergigian am atau jenis khas
TIS207 Kemudahan Kesihatan Lain
Aktiviti kesihatan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TIS300 Keagamaan
Bangunan atau premis yang digunakan sebagai tempat ibadat, ceramah agama dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan keagamaan.
TIS301 Surau
Bangunan atau Musalla bagi orang Islam beribadat dan pusat aktiviti kemasyarakatan setempat pada skala yang lebih kecil berbanding masjid; tidak digunakan untuk mendirikan sembahyang Jumaat kecuali bagi keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam negeri.