Kod Gtn Penerangan
TIS505 Balai Bomba dan Penyelamat
Perkhidmatan bomba disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdasarkan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341).
TIS506 Pusat Latihan Tentera/Polis/Bomba/ Rela/APMM/Kastam/ KPDNKK/JPJ
Pusat latihan hal ehwal berkaitan pertahanan dan keselamatan
TIS507 Kem Tentera
Kawasan bagi menjalankan pentadbiran, pengawasan dan operasi hal ehwal pertahanan ketenteraan yang terdiri daripada pasukan pertahanan darat, laut dan udara
TIS508 Penjara/Pusat Tahanan Sementara
Bangunan khas untuk pentadbiran dan perkhidmatan penjara yang berfungsi sebagai tempat penjenayah dikurung sebagai hukuman/ Tempat tahanan reman untuk orang yang dituduh melakukan kesalahan jenayah untuk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan.
TIS509 Depot Tahanan Imigresen/Khas
Pusat Tahanan sementara untuk warganegara asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen; serta yang telah selesai menjalani hukuman di Penjara Malaysia sebelum dihantar balik ke negara asal
TIS510 Cure & Care Vocational Centre (CCVC)
Pusat pemulihan yang berfungsi sebagai institut latihan kemahiran vokasional jangka panjang kepada klien AADK.
TIS511 Keselamatan Lain
Aktiviti keselamatan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TIS512 Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri
Bangunan pentadbiran dan operasi pasukan bomba dan penyelamat di peringkat Negeri
TIS513 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bangunan pentadbiran dan operasi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
TIS513 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bangunan pentadbiran dan operasi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.