Kod Gtn Penerangan
TIS702 Muzium
Tempat barang-barang bersejarah, barang-barang sains dll disimpan dan dipamerkan.
TIS703 Galeri/Memorial
Bangunan untuk mempamerkan karya-karya seni dsb
TIS704 Pejabat Kerajaan/Agensi Kerajaan
Bangunan yang didiami atau dimiliki oleh kerajaan bagi menjalankan aktiviti pentadbiran, operasi dan perkhidmatan awam
TIS705 Mahkamah
Bangunan untuk menjalankan pentadbiran dan operasi mahkamah undang-undang sivil dan jenayah, sistem kehakiman termasuk mahkamah syariah
TIS706 Badan Berkanun
Bangunan untuk menjalankan aktiviti operasi Badan Berkanun seperti FELDA, Lembaga Pelabuhan Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya.
TIS707 Kegunaan Kerajaan/Badan Berkanun Lain
Aktiviti kegunaan kerajaan/badan berkanun yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TIS708 Institut Latihan
Bangunan atau tempat untuk menjalankan latihan kakitangan awam/agensi-agensi kerajaan
TIS709 Stesen Kaji Cuaca
Stesen untuk menjalankan aktiviti/kajian bagi jumlah air hujan, tekanan udara, suhu, kelembapan, kelajuan dan arah angin
TIS800 Kemudahan Awam
Kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan bagi keperluan orang ramai
TIS801 Dewan Serbaguna Awam
Dewan serbaguna untuk penduduk antara 10,000 - 15,000 orang yang mempunyai komponen-komponen sokongan yang ditetapkan