Web Aplikasi i-Plan versi 2018
Sukacita dimaklumkan, Web Aplikasi i-Plan versi 2018 telah dibuka kepada awam pada 2 April 2018. Untuk makluman, penambahbaikan pada versi terkini merangkumi perkara berikut :-
- Penambahan Sub-Modul Kebenaran Merancang (menyediakan laporan dan ulasan KM dengan borang serta pemetaan interaktif; tertakluk pada pengguna berdaftar sahaja)
- Penambahan e-Aduan Gunatanah (paparan interaktif bagi membuat aduan perubahan atau ketidaktepatan Gunatanah)
- Penambahan fungsi Buffer Selection (pemilihan lot atau maklumat POI dengan radius yang ditetapkan oleh pengguna)
- Penambahan Paparan Graf Statistik pada pemetaan Interaktif (paparan graf palang statitsik berdasarkan peta Gunatanah yang dipilih)
- Penambahbaikan rekabentuk Graphic User Interface yang lebih mesra pengguna (merangkumi laman utama, pemetaan interaktif dan pengurusan)
Sebarang permasalahan atau cadangan boleh email kepada kami melalui iplan@townplan.gov.my. Terima Kasih
Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, PLANMalaysia